nuffnang ads

Friday, October 15, 2010

DUA PEKERJA LADANG DIPENJARA 7 TAHUN, MEMBAKAR DAN MEMBUANG ABU MAYAT SOSILAWATI DAN TIGA YANG LAIN

DUA lelaki hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas empat tuduhan membuang bukti mayat Datuk Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim, Noorhisham Mohammad dan Kamarudin Shamsuddin.

K Saravanan, 19, dan U Suresh, 26, mengaku bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dibacakan.

Majistret Hurman Hussain kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan dilaksanakan serentak.

Saravanan didakwa membakar tubuh kesemua mangsa, manakala Suresh pula didakwa kerana melupus dan membuang abu mayat mangsa pembunuhan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10