SELEPAS hampir setahun koma akibat diserang penyakit jantung, akhirnya Dollah Kassim, bekas pemain bola sepak Singapura yang terkenal sebagai antara penyerang berbisa, meninggal dunia hari ini di kediamannya.
Allahyarham bukan sahaja terkenal di Singapura, tetapi turut mempunyai peminat di Malaysia terutama ketika namanya menjulang di sekitar tahun 70-an. Malah keistimewaannya mengawal dan menggelecek bola menyebabkan dia turut dikenali sebagai Raja Gelek.
Lahir pada 13 Mac 1949, Dollah berusia 61 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmatNya.