DR SIEW SHEUE FENG dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memberitahu ada kemasukan sesuatu ke dalam dubur Mohd Shaiful Bukhari Azlan.
(Catatan ini tidak bermaksud kotor tetapi hendaklah dibaca sebagai catatan bersifat akademik)
2.Dubur, kadang-kala disebut jubur oleh orang-orang kampung. Ia adalah salah satu saluran untuk pengeluaran najis yang diproses dari dalam tubuh manusia. Berfungsi sebagai pintu belakang, dubur kebiasaannya mesti ditutup berbanding pintu depan manusia iaitu mulut yang sentiasa terbuka dan sering pula dihias. Beza antara dubur dan mulut ialah, mulut mempunyai gigi, tetapi dubur tidak bergigi tetapi ia mempunyai daging berotot yang berfungsi sebagai gergaji untuk memotong najis yang keluar.
Berbanding mulut yang berfungsi membawa masuk makanan ke tubuh manusia dan dihias dengan lipstik bagi perempuan atau dipagar misai di kalangan lelaki, dubur pula tidak boleh dilihat walaupun kadang-kala pemiliknya cuba melihatnya menerusi cermin. Itu sebab dubur tidak boleh dihias seperti mulut.
Secara semulajadi, dubur juga berfungsi mengeluarkan angin seperti mulut. Cuma apabila angin dikeluarkan menerusi dubur ia dipanggil kentut. Sementara angin yang keluar dari mulut dikenali sebagai sendawa. Demikian serba sedikit tentang dubur yang dianggap pintu belakang seseorang manusia. Mulut pula adalah pintu depannya.