nuffnang ads

Friday, October 22, 2010

ADA LAGI BAKAL PENGANTIN MAHU LARI?

SEBELUM ini ada dua tiga kes bakal pengantin ghaib atau menghilangkan diri, tidak lama sebelum mereka dijangka dinikahkan.

Antara yang terbaru pula ialah kes melibatkan Rozaliya Mat Lazim, 20, yang saggup lari dan bersembunyi di Kuala Lumpur kerana terlalu tertekan akibat hatinya tidak dapat menerima tunangannya, Mohd Helmi Mohd Nor sebagai suami.

Dengar cerita, kisah mereka amat hangat dan kewujudan orang ketiga dipercayai memainkan peranan penting.

Namun hari ini dilaporkan kes terbaru melibatkan seorang lagi bakal pengantin hilang. Siti Sakinah Ismail. Tidak diketahui puncanya tetapi berdasarkan pengakuan keluarganya, dia anak yang baik dan tidak pula berdepan masalah dengan tunang atau keluarga sebelah tunangnnya.

Rahmat Othman di Kedah tentu lebih mengetahui cerita Siti Sakinah ini. Namun pertanyaan kini ialah, apakah esok lusa atau hari-hari berikutnya akan ada lagi bakal pengantin lesap, ghaib dan hilang? Jika ada, hentikan sahaja hajat anda sebab media kekurangan muka surat untuk menyiarkan berita anda!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10