nuffnang ads

Wednesday, September 15, 2010

WARIS MANGSA BUNUH DI TANJUNG SEPAT JALANI UJIAN DNA

WARIS mangsa bunuh/bakar di ladang Gadong, Tanjung Sepat, dipercayai mula menjalani ujian DNA siang tadi. Beberapa waris mangsa, termasuk ibu pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, dan waris Datuk Soosilawati dilihat berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Satinah Mokhtar, ibu Noorhisham Mohamad dilihat berada di HKL kira-kira jam 1 tengah hari. Selain Satinah, anak Sosilawati dan isteri Noorhisham juga kelihatan hadir.

Ujian DNA ini amat penting bagi menentukan pengesahan bahan bukti daripada mayat yang dibakar dan dibuang ke sungai itu menepati identiti kesemua mereka yang dikatakan dibunuh dalam tragedi ladang Gadong, baru-baru ini, melibatkan Sosilawati, Kamarudin, Noorhisham dan Ahmad Kamil.

Walaupun petunjuk daripada pengakuan yang dibuat oleh beberapa suspek yang ditahan membuktikan mangsa yang dibunuh dan dibakar adalah keempat-empat mereka yang dilaporkan hilang, pengesahan DNA amat penting kerana ia akan dijadikan tanda rasmi pengesahan identiti berdasarkan kaedah perubatan dan peruntukan undang-undang.

Jika ujian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan menghasilkan keputusan yang positif, polis dipercayai mempunyai asas pendakwaan yang lebih kukuh untuk menghadapkan mereka yang ditahan ke muka pengadilan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10