nuffnang ads

Monday, September 13, 2010

WANG AKAUN MILIK SOOSILAWATI DISEDUT MASUK KE AKAUN PEGUAM BERGELAR DATUK

POLIS mengesan transaksi luar biasa dalam jumlah yang banyak daripada akaun milik Datuk Soosilawati ke dalam akaun dipercayai milik peguam yang menjadi dalang pembunuhan ahli perniagaan terkenal itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Sabtu Osman, mengesahkan berlaku transaksi berkenaan. Dipercayai perasaan tamak peguam@pembunuh itu menyebabkan dia tergamak merancang pembunuhan kejam dan sadis melibatkan mangsa tidak berdosa.

Tidak ditolak juga berlaku peras ugut sebelum pembunuhan itu berlaku kerana Soosilawati dipercayai mahu menjual tanah yang dibelinya di Pulau Pinang pada harga RM4 juta kepada RM200 juta berdasarkan nilai semasa hartanah.

Bagaimanapun polis masih menyiasat termasuk kemungkinan mendakwa peguam itu mengikut Akta Penggubahan Wang Haram kerana jumlah wang yang dimilikinya amat luar biasa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10