nuffnang ads

Sunday, September 19, 2010

UTUSAN DIBANTAI TERUK. APA BEZANYA KAMALANATHAN (BN) MASUK MASJID DENGAN TEO (DAP) MASUK SURAU?

UTUSAN MALAYSIA, akhbar proksi Umno dibantai teruk oleh orang ramai, terutama daripada wakil DAP. Akhbar itu diminta membuat pendirian dan kenyataan menerusi dua insiden masuk rumah ibadat yang dilakukan oleh ahli parlimen bukan Islam.

Ketika gambar ahli Parlimen Serdang Teo (DAP) masuk surau, akhbar itu lantang menyuarakan semua yang salah tentang ahli parlimen berkenaan, termasuk tergamak melaporkan Teo memberi tazkirah. Akibatnya, pengurusan surau terbabit diambilalih oleh Mais dan amaran diberikan kepada pengurusannya serta kepada Teo sendiri.

Malah Sultan Selangor telah murka, menyebabkan Teo memohon maaf dan menitislah air mata ahli Parlimen itu kerana dia mempertahankan bahawa kunjungannya ke surau itu adalah atas jemputan dan bertujuan memberi sumbangan peruntukan membaiki pagar.

Bagaimanapun, apabila laman blog ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyiarkan gambar ahli parlimen Hulu Selangor, Kamalanathan (BN memasuki masjid, Utusan dilihat tidak membuat tindakan serupa menyiarkannya atau melaporkannya sebagai sesuatu yang salah. Utusan tidak berusaha untuk menjelaskan kesalahan Kamalanathan.

Sikap begini dianggap banyak pihak sebagai amat double standard  dan tidak mengamalkan profesionalisme kewartawanan yang tulen dan berhemah. Sikap begini sebenarnya hanya akan membuat orang semakin kurang yakin dan kewibawaan akhbar itu pasti juga terjejas.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10