nuffnang ads

Sunday, September 19, 2010

AHLI PERNIAGAAN INDIA YANG HILANG ANGKARA SUSPEK PEMBUNUHAN SOSILAWATI ADA BINI LAIN PULAK!

ADA bini lain pulak! Drama kehilangan jutawan India, A Muthuraja, 37, yang dilaporkan hilang dipercayai angkara perbuatan suspek pembunuhan Sosilawati di Banting, awal tahun ini masuk ke babak lain pula apabila ada pihak mendakwa dia mempunyai bini lain.

Seorang guru, S Ramalaksmi, 36, yang dihubungi The Star di India, mendakwa dialah isteri jutawan itu yang sah. Walaupun tidak mempunyai anak hasil perkahwinan itu, Ramalaksmi yang juga seorang guru sekolah mendakwa mereka telah berkahwin pada 2001.

Menurutnya, perkahwinan mereka disaksikan oleh ramai kenamaan dan ahli politik, tetapi mereka hidup berpisah lebih tiga tahun kerana Muthuraja ketika itu sering ke Rusia dan Malaysia menguruskan perniagaannya di negara berkenaan.

Berikutan dakwaan itu, keadaan mula bertukar cacamarba apabila seorang wanita, S Usharani, 24, mendakwa sebagai isteri ahli perniagaan yang hilang itu. Malah Usharani telah datang ke Malaysia untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan Muthuraja.

Ikut suko kaulah, yang penting pembunuhan Muthuraja mesti diselesaikan dan pembunuhnya mesti dihukum!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10