Mereka adalah sebahagian daripada 16 perompak yang telah menyerbu bank berkenaan pada 18 Ogos lalu ketika beberapa bandar utama di Indonesia dihebohkan dengan tunjuk perasaan anti-Malaysia.
Antara yang diberkas adalah ketua kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai MRA. Polis turut merampas dua rifel jenis SS1 dan Ak-47 yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu.
Jurucakap polis Indonesia, Baharudin Jaafar mengesahkan kejayaann itu. Dalam rompakan 18 Ogos lalu seorang pengawal keselamatan dan polis Indonesia turut terkorban.
Media Indonesia difahamkan, MRA adalah penjenayah paling dikehendaki kerana dia mengetuai banyak perbuatan merompak, termasuk dua kejadian di Acheh Timur dan Medan pada tahun lalu. Malah MRA juga terbabit dalam kegiatan menyewakan senjata api kepada kumpulan perompak yang ingin melakukan jenayah.
(Antara perompak yang dirakamkan CCTV bank CIMB Niaga pada 18 Ogos lalu. Tujuh diberkas, tiga ditembak mati sehingga malam ini) |