TRAGEDI pembantu rumah yang didakwa didera, dirogol dan dicampak oleh pasangan suami isteri majikannya, di Pulau Pinang Jumaat lalu, mendapat perhatian Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudiyhono hari ini.
Sebaik berita itu sampai ke pengetahuan Susilo, beliau terus mengarahkan Duta Besar negara itu ke Malaysia, Dai Bachtiar, supaya memantau perkembangan pembantu rumah yang dikenali sebagai Winfaedah yang berusia 26 tahun dan berasal dari Lampung itu.
Arahan Susilo itu disampaikan oleh Pembantu Hal Ehwal Peribadinya, Teuku Faizasyah petang tadi. Winfaedah ditemui ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan cedera akibat didera majikannya. Dia dikatakan turut dirogol berdasarkan pemeriksaan mendapati kesan kecederaan di kemaluannya.
Menerusi arahan presiden kepada Dai Bachtiar, Susilo dikatakan mahu semua keperluan dan bantuan yang diperlukan Winfaedah selama dirawat di Hospital Pulau Pinang, diberi perhatian seberapa segera.
Pasangan majikan suami isteri itu telah ditahan polis semalam bagi membantu siasatan. Polis turut merampas pelbagai barangan bukti dipercayai ada kaitan dengan penderaan dilakukan mereka ke atas pembantu rumah yang malang itu.
Hantu betul! Betul-betul hantu! Memalukan Malaysia betul! Betul-betul memalukan.