nuffnang ads

Thursday, September 23, 2010

TERKINI SKUASH AKHIR: NICOL DAVID CATAT KEMENANGAN, SAMAI REKOD 5 KALI SARAH FITZGERALD

Pemain skuash nombor satu dunia, Datuk Nicol David mencatatkan sejarah menyamai rekod lima kali Sarah FitzGerald apabila dengan bergaya menumbangkan pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy dalam pertandingan akhir Kejohanan Skuash Dunia, berlangsung di Sharm El Sheikh.

Berdepan sorakan penonton tuan rumah, Nicol menggunakan pengalamannya untuk menutup peluang Omneya mencatat sejarah lain apabila mengalahkan pemain itu 11-5, 11-8 dan 11-6.

Kini rekod Sarah berjaya disamainya dan selepas ini dia berpeluang mencipta rekod pemain paling banyak menjuarai kejohanan. Sarah menjuarai lima kejohanan serupa pada tahun 1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10