nuffnang ads

Thursday, September 23, 2010

PEMANDU TEKSI DIGANTUNG BUNUH HUMAIRAH: APALAH MAKNA DAN HARGA CINTA KAMU WAHAI SITI NURHANIM AZIZ?

IBU kanak-kanak yang mati didera oleh seorang pemandu teksi, Mohd Fazli Azri, 28, berterus terang meluahkan perasaannya yang dia amat sayang dan cintakan lelaki pembunuh itu!

"Saya tetap sayangkan dia sebab dia amat sayangkan anak saya!" beritahu Siti Nurhanim Aziz, 25, sambil membenarkan pipinya dicium oleh Mohd Fazli sebelum lelaki itu dibawa pihak berkuasa ke penjara.

Terserah kepada kita menilai dan menetapkan harga serta maruah cinta seperti diungkapkan oleh Siti Nurhanim itu. Kehilangan nyawa anaknya, Syafiah Humairah, 3 tahun, di tangan lelaki yang juga teman istimewanya itu tidak merubah kasihnya walaupun seurat benang.

Cinta dan kasih kepada teman lelakinya bagi Siti Nurhanim adalah segala-galanya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10