nuffnang ads

Wednesday, September 15, 2010

SOSILAWATI DAN TIGA YANG LAIN DIBUNUH SEKITAR 10 MALAM 30 OGOS

SOSILAWATI dan tiga mangsa pembunuhan kejam yang lain dikatakan dibunuh sekitar jam 10 malam 30 Ogos lalu, iaitu pada hari mereka dikatakan bercadang menemui seorang peguam bagi urusan jual beli tanah di Banting.

Pengakuan itu dipercayai diperolehi polis daripada suspek yang ditahan, turut mendedahkan bagaimana peguam setan yang mendalangi pembunuhan itu menggunaan taktik kotor untuk mengelirukan waris mangsa dengan memaksa pegawai bank, Noorhisham Mohamad, menghubungi isterinya menerusi telefon bimbit sejurus sebelum pembunuhan.

Noorhisham dikatakan dipaksa menghubungi isterinya memberitahu yang dia akan pulang tiga hari selepas itu. Ini semata-mata bertujuan memberi masa mencukupi bagi kumpulan penjenayah itu menghapuskan bukti kematian kesemua yang terbabit. Pada masa yang sama penjenayah juga berharap, waris mangsa tidak membuat laporan polis dalam masa berkenaan.

Walaupun ketika menghubungi isterinya dalam keadaan tergesa-gesa dan sempat mengucapkan perkataan maaf, namun isteri pegawai bank itu, Suzana Radim Pangat, tidak sempat membuat laporan polis mengenai kecurigaannya pada hari yang sama.

Demikianlah menunjukkan betapa peguam itu menggunakan kecerdikannya untuk cuba mengelirukan pelbagai pihak yang lain. Malah dia juga dikatakan ada menghubungi salah seorang bekas suami Sosilawati, berpura-pura simpati sambil bertanyakan bagaimana waris keluarga ahli perniagaan itu berdepan situasi  kehilangannya. Dia dipercayai menghubungi bekas suami Sosilawati selepas pembunuhan dengan tujuan mengetahui sebarang tindakan yang sedang diambil oleh waris terhadap kehilangan Sosilawati.

Sementara itu, petang semalam pasukan polis marin yang menyelam di Sungai Kanchung Darat turut menemui seutas jam tangan mewah milik salah seorang mangsa, selepas seorang suspek berjaya menunjukkan tempat ia dibuang.

Turut ditemui ialah dua buah telefon bimbit yang dipercayai ada kaitan dengan mangsa pembunuhan dan boleh dijadikan bukti dalam siasatan kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Bagaimanapun, senjata tajam berlengkuk atau sabit yang selalu digunakan untuk memotong buah kepala sawit yang dikatakan menjadi antara senjata membunuh mangsa masih dicari oleh pasukan penyelam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10