nuffnang ads

Monday, September 13, 2010

SIASAT JUGA DADAH/SYABU/KETAMIN!!!!!!!

ADA pihak mencadangkan saya supaya mencatat sesuatu yang mungkin takut terlepas pandang dalam kes pembunuhan tragis di ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Kata orang itu yang tidak mahu dikenali, catatkan fasal syabu atau dadah. Minta sangat polis siasat peguam yang jadi dalang itu, terutama dengan memeriksa pasport antarabangsanya dan pasport milik orang-orang suruhannya. Adakah banyak kali dia berulang-alik ke India. Saya tanyakan kenapa? Dia hanya beritahu, ketamin banyak dibawa dari India dan banyak orang telah jadi jutawan kerana terbabit dalam pengedaran benda alah itu. Dan benda alah itu juga sering dimentedarah oleh penjenayah sebelum mereka membunuh!

Tentu ada juga munasabahnya. Kalau manusia itu normal, dia tidak akan melakukan pembunuhan sebegitu kejam. Pukul, tikam, bunuh, bakar! Tentu mereka yang melakukan pembunuhan kejam ke atas Soosilawati dan tiga yang lain ini tidak mustahil mengambil ketamin sebelum bertugas!

Soalnya daripada mana mereka mendapat benda itu? Adakah lokasi ladang ternakan itu amat sesuai untuk dijadikan pusat jual beli dadah? Kalau tidak tidak apalah. Tapi kenapa pula ladang kambing mesti dipagar tinggi dan menggunakan pintu automatik? Kalau tak ada sesuatu, mustahil tempua bersarang rendah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10