nuffnang ads

Monday, September 13, 2010

RAMAI SURI RUMAH TERTIPU, TERBELI MINYAK SAPI QBB

RAMAI suri rumah tertipu. Seminggu sebelum raya banyak di antara mereka terbeli minyak sapi QBB yang disahkan Jakim tidak halal. Sedangkan suri rumah ke pasar raya tidak menyedari apa-apa, terutama tiadanya kesungguhan kerajaan membuat hebahan di media elektronik.

Sementelah pula minyak sapi itu tidak ditarik balik dari pasaran. Apatah lagi kesemuanya tertulis perkataan HALAL. Maka ada suri rumah yang tidak mengetahui kedudukan haram seperti disahkan Jakim, terus sahaja membelinya. Kalau nasib baik, tiba di rumah ada ahli keluarga menegur. Kalau tidak teruslah minyak sapi itu digunakan untuk membuat makanan khas sempena Aidilfitri.

Beginilah nasib umat Islam di negeri ini. Kerajaan hanya risau nyawa melayang di jalan raya sempena Aidilfitri, tapi tidak sangat mempedulikan kebajikan umat Islam yang boleh termakan benda haram yang kemudian masuk ke dalam darah daging. Di mana suara Dr Mashitah? Di mana suara Datuk Khir Baharom? Dan di mana suara menteri berkenaan perdagangan?

Nampak sangat kita jenis orang kecut. Contohnya, apabila jabatan kimia atau kementerian kesihatan telah menguji sesuatu produk itu berbahaya, langsung tidak mahu disebut nama produk. Kalau tak sebut nama produk mana orang nak tahu! Tak tahulah lagi macam mana nak mengajar kerajaan menguruskan hal-hal begini, sedangkan menteri-menterinya cerdik.

Contoh lain, fasal daging import beku dari India. Cubalah buka mulut tu sikit dalam televisyen bagi tahu rakyat yang daging itu daging kerbau, bukan daging lembu! Tak boleh? Ini sampai ke mati rakyat kena tipu. Ingatkan ekor  lembu dalam sup, rupanya ekor  kerbau. Kerajaan kena ingat, bukan semua orang makan daging kerbau!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10