POLIS sedang menyiasat pelbagai aspek membabitkan peguam @pembunuh @syaitan bergelar Datuk yang disyaki dalang pembunuhan Datuk Soosilawati, Ahmad Kamil, Kamarudin dan Norhisham.
Antaranya ialah pembabitan lelaki itu dalam beberapa kes kehilangan pelanggannya sebelum ini termasuk seorang lelaki rakyat India yang dilaporkan hilang selepas dia dipercayai membuka sebuah restoran bersama peguam berkenaan.
Lelaki itu adalah antara empat lelaki yang hilang sebelum kes pembunuhan kejam ke atas Soosilawati dan tiga yang lain terbongkar.
Polis juga akan menyiasat tanah ladang ternakan, tempat pembunuhan berlaku yang dikatakan dibeli oleh peguam berkenaan lebih setahun setengah yang lalu daripada seseorang. Ini kerana pemilik asal tanah berkenaan juga dikatakan telah hilang!
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, siasatan itu perlu dilakukan bagi memastikan sama ada urusan jual beli tanah berkenaan dilakukan mengikut peraturan atau sebaliknya.
Selain itu, bakal disiasat ialah dakwaan wang yang dibawa Soosilawati hilang dan daripada mana dan bagaimana peguam berkenaan boleh memiliki jumlah wang dan harta termasuk kereta mewah yang keterlaluan banyaknya.