SEJENIS pisau berlengkuk yang dipercayai digunakan untuk menyembelih mangsa dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain, akhirnya ditemui pasukan penyelam marin kira-kira dua jam tadi.
Penemuan pisau berbentuk sabit itu dipercayai dapat membantu siasatan polis berhubung pembunuhan kejam itu. Polis memulakan gerakan mencari jam 9 pagi tadi. Usaha berterusan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila senjata tajam itu ditemui kira-kira jam 4.30 petang.
Dikatakan kesemua mangsa turut disembelih sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke beberapa sungai dan anak sungai tidak jauh dari lokasi kejadian.
Sementara itu difahamkan, peguam bergelar Datuk ada menghubungi bekas suami Sosilawati pada 3 September lalu untuk 'bermain wayang' bertanyakan bagaimana keluarga allahyarham berdepan dengan kehilangan ahli perniagaan itu.
Nyatalah dia memang binatang keparat kalau betul sanggup bersandiwara selepas pembunuhan kejam dilakukannya bersama konco-konconya,