PEGUAM bergelar Datuk dipercayai pernah terbabit dalam perniagaan pemberian pinjaman wang bersama seorang lelaki lain yang isterinya dibunuh sekitar April lalu oleh dua lelaki menggunakan pedang di depan rumahnya.
Dan semalam, antara dokumen yang dipercayai dijumpai polis di pejabat peguam itu ialah fail transaksi pinjaman wang.
Seorang lelaki, P Balasundram, 50-an kini dikatakan dihubungi polis bagi membantu siasatan berhubung kematian isterinya T Selvi pada tahun April lalu dipercayai ada kaitan dengan peguam berkenaan. Selvi diserang dua lelaki menggunakan pedang di depan rumahnya di Banting.
Bala dan isterinya dikatakan pernah menjalankan perniagaan pinjaman wang bersama peguam berkenaan sekitar 2008, tetapi pasangan itu mendakwa ditipu oleh peguam terbabit.