nuffnang ads

Monday, September 13, 2010

MENGENANG PEMERGIAN SOOSILAWATI, AHMAD KAMIL, NORHISHAM DAN KAMARUDIN

BAYANGKAN bagaimana seksanya jika pembunuhan Datuk Soosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim, Norhisham Mohamad dan Kamarudin berlaku di dalam kawasan terkepung di ladang ternakan Gadong, Tanjung Sepat. Kawasan itu terkepung olah dinding setinggi kira-kira empat meter dan pintunya pula dikawal secara automatik. Tentu amat sukar mereka melarikan diri dalam keadaan yang terkepung itu. Apatah lagi dikelilingi oleh begitu ramai pekerja yang tentu akan membelasah dan menyeksa kesemua mangsa.

Bayangkan bagaimana mereka dipukul? Bayangkan bagaimana mereka dibelasah sedemikian teruk? Dan bayangkan ada kemungkinan minyak petrol disimbah kepada mereka yang tidak mampu melawan lalu dicucuh api. Betapa seksa pengalaman yang mereka lalui ketika didera oleh sekumpulan penjenayah. Dan amat zalim dan kejam, abu mayat mereka yang terbakar kemudian dikutip dan dibuang ke dalam sungai berdekatan.

Manusia apakah mereka ini, terutama kalau dikira dalangnya adalah orang yang berpelajaran tinggi yang sepatutnya mempunyai akal dalam membuat perkiraan dan pertimbangan sebagai seorang manusia? Kezaliman ini adalah melebihi kezaliman apa yang dilakukan terhadap allahyarham Datuk Mazlan yang dikerat 18 di Ulu Dong, Raub berbelas tahun lalu.

Apa dosa dan salah mereka sehingga mereka diperlakukan sedemikian zalim dan hina? Apakah hanya kerana pertelingkahan melibatkan perniagaan dan duit, maka penjenayah itu harus bertindak seperti sekumpulan haiwan yang amat ganas dan buas. Binatang yang bertuankan duit! Sanggup melakukan apa sahaja hatta meragut nyawa manusia lain hanya kerana diri telah dikuasai oleh perasaan tamak yang keterlaluan?

Pembunuhan tragis dan sadis ke atas empat mangsa yang diperangkap itu tidak boleh dimaafkan, dan harus menerima kutukan daripada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ini satu tragedi yang harus menyedarkan kita betapa apabila duit telah menguasai diri, hilanglah maruah diri dan kehormatan kita sebagai manusia.

Semoga pembalasan yang sewajarnya dapat diberikan kepada mereka yang terbabit. Kepada keluarga allahyarham yang terlibat, diharapkan dapat berdiri di atas kekuatan dan kesabaran. Semoga roh mereka ditempatkan di sisi roh mereka yang beriman.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10