AKHIRNYA Memey pun bersuara. Di sebalik desakan Abby menuntut hutang wang hantaran RM11,111.11 Memey mengakui terkena tempiasnya. Dalam Mstar dicurahkannya rasa. Memey kata dia tahu cerita sebenarnya, tetapi apabila Abby menceritakan hal itu di dalam media, dia berasa kurang wajar hal Abby dan Norman terheret diketahui ramai.
Malah Memey juga hairan, kenapa selepas mereka bertunang baru Abby menuntut hutang yang didakwanya itu. Bagaimanapun, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, berkata bagi dia pula, dia tidak kisah sama ada Norman akan memberinya wang hantaran atau tidak.
Tentang keprihatinan Norman terhadap anak-anaknya, Memey memberitahu dia melihat sendiri tunangnnya itu ada membeli barangan keperluan untuk anak-anak yang di bawah jagaan Abby.
Malah Memey mendedahkan dia telah lama dimaklumkan oleh Abby tentang hasrat menuntut semua hutangnya daripada Norman. Cuma Memey tak sangka, hal itu didedahkan Abby sehingga diketahui ramai mengakibatkan dia turut terkena tempiasnya,
Kata Memey lagi, dia kenal Norman. Dengan keluarga rapatnya dia boleh menjelaskan hal sebenar, tetapi dengan orang lain yang tidak tahu hujung pangkal, dia rasa sukar untuk bercerita perkara sebenanrya.
Di dalam Harian Metro, Abby memaklumkan yang dia akan menuntut hutangnya daripada Norman walaupun hingga ke lubang cacing. Maknanya, Abby memang telah bertekad. Dia tetap menganggap itu haknya dan sekurang-kurangnya hutang yang dibayar boleh juga digunakan untuk keperluan tiga anak yang kini di bawsah jagaannya.
Nampaknya Norman tak putus-putus didatangi ujian. Selepas bertunang dengan Memey, Abby terus membuka apa yang bersarang di hatinya. Inilah ragam orang yang telah bercerai.