nuffnang ads

Friday, September 17, 2010

JANGAN JADIKAN KLANG, KUALA LANGAT DAN SHAH ALAM SARANG GANGSTER

SAMA ADA kita mahu mengakui atau menafikan, fenomena jenayah serang berkumpulan termasuk bunuh bukan sesuatu yang pelik di beberapa daerah di sekitar Selangor. Sebagai contoh bagaimana seorang pemuda dari Sabah terbunuh dikeronyok oleh sekumpulan lelaki dipercayai keturunan India di Sri Muda, Shah Alam tidak lama dulu.

Tidak pasti di mana hujungnya kes itu kini. Kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain juga boleh dikatogerikan sebagai jenayah berkumpulan, malah lebih terancang dengan seorang peguam dipercayai menjadi dalangnya.

Kalau dibuat tinjauan atau kaji selidik di beberapa kawasan tertentu di Selangor, hasilnya pasti tidak menolak tanggapan mengenai wujudnya serang secara berkumpulan ini. Kadang-kala puncanya kecil seperti tersondol kereta, boleh membawa kepada pergaduhan besar.

Kadang-kala hanya kerana membunyikan hon untuk memberi perhatian kepada pemilik kereta yang menghalang laluan di petak parkir, keadaan boleh bertukar seperti sekumpulan semut mengerumuni tumpahan gula! Keadaan telah menjadi terbalik. Yang melakukan kesalahan pula kelihatan seperti raja.

Kepada pihak berkuasa, mungkin tragedi menimpa Sosilawati ini boleh menjadi 'petunjuk' supaya ada kaedah khas dilakukan bagi membersihkan perlakuan jenayah yang dilakukan secara berkumpulan ini. Ini kerana jika dibiarkan ia akan menjadi barah di dalam kehidupan bermasyarakat.

Masyarakat sebenarnya telah lama menyimpan pertanyaan tentang gejala sakit di mata ini, tetapi diharapkan pertanyaan itu akan berjawab dengan segera bagi memastikan kehidupan aman dan harmoni menjadi teras kehidupan di mana-mana kawasan di negara ini.

Hidup tanpa jenayah dan tanpa budaya cacamarba amat diharapkan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10