SUZANA RADIM PANGAT, isteri allahyarham Norhisham Mohamad, pegawai bank CIMB Kampung Baru yang turut menjadi mangsa bunuh dan bakar di ladang Gadong, Tanjung Sepat, tidak dapat menyembunyi sedih dan hiba ketika sidang akhbarnya semalam. Di sebelah beliau, bapanya yang turut terharu.
Lihatlah kesedihan dan kehibaan yang ditangggung oleh waris mereka, wahai peguam jahanam! Sikap kebinatangan kamu yang teramat zalim menyebabkan terlalu banyak hati redam dan luluh. Kamu telah memberikan dukacita yang teramat sangat kepada mereka yang menanti orang tersayang sempena Aidilfitri ini. Kini apalah lagi maknanya kebahagiaan selepas kehilangan orang yang tersayang.
Bayangkan bagaimana perasaan isteri dan anak-anak kamu jika hal ini berlaku dan menimpa kamu wahai peguam berhati binatang! Sesungguhnya perbuatan kamu yang amat sadis dan kejam, amat sukar dimaafkan oleh mereka yang kehilangan insan tercinta.
