nuffnang ads

Thursday, September 16, 2010

LEHER DATUK SOSILAWATI DIROBEK BESI BERCANGKUK. PERUTNYA DITIKAM BERKALI-KALI

SEBATANG besi tajam bercangkuk digunakan untuk menikam dan menyembelih leher Datuk Sosilawati dan tiga yang lain, sebelum perut mangsa dirodok berkali-kali, menyebabkan mangsa terkulai dan tidak bernyawa dalam serangan di ladang Gadong, Tanjung Sepat, 30 Ogos lalu.

Menurut sumber, perbuatan kejam itu dilakukan oleh seorang remaja 19 tahun sebelum ia dibantu oleh empat lelaki lain. Remaja terbabit dikatakan telah membuat pengakuan membunuh semua  mangsa tidak berdosa kepada polis.

Berdasarkan pengakuan remaja itu juga, dalang utama kes pembunuhan itu, seorang peguam memang telah merancang melakukan pembunuhan itu seminggu sebelum kejadian. Peguam berkenaan kemudian mengarahkan remaja terbabit bersama yang lain bersiap sedia melakukannya.

Bagaimanapun, sumber memberitahu peguam yang kini menjadi suspek utama dikatakan cuba mengelirukan pihak berkuasa dalam keterangan bertulisnya apabila cuba mengaitkan kejadian itu dengan pihak lain.

Laporan mengenai pengakuan suspek itu disiarkan TV3 sebentar tadi menerusi Buletin Utama. Laporan yang sama juga menyebut, polis kini dikatakan turut menemui beberapa petunjuk baru yang dapat mengukuhkan  proses pendakwaan.

Antara bahan bukti lain yang ditemui pasukan pencari ialah telefon bimbit Blackberry milik Sosilawati dan dua jam, satu milik pemandunya, Kamarudin dan satu lagi dipercayai milik peguam Ahmad Kamil.

Kini semakin terserlah kebinatangan mereka dalam kes pembunuhan ini!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10