nuffnang ads

Tuesday, September 21, 2010

LAPORAN PERLAKUAN JENAYAH KE ATAS PENARIK KERETA MESTI DIPANDANG SERIUS: AMBIL IKTIBAR KES LADANG GADONG!

BANYAK kes yang mesti diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa. Salah satunya ialah jika ia membabitkan perlakuan jenayah penarik kereta yang sering berlagak samseng. Terbaru kejadian di Kampung Baru Ampang, Selasa lalu apabila seorang rakan mangsa kemalangan dibelasah sekumpulan penarik kereta.

Kebiadapan penarik kereta/penunda kereta bukan cerita luar biasa. Mereka sering mencetuskan kekecohan termasuk sering bertindak mencederakan orang sesuka hati. Jika sifat begini ada, sudah tentu mereka adalah ahli kumpulan kongsi gelap atau gangster! Hal ini usah temberang dan autalah! Banyak orang tahu, kumpulan mereka yang sering bertindak biadap ini adalah jenis manusia yang kebanyakannya mempunyai rekod jenayah.

Dan apabila ada laporan membabitkan perlakuan mereka, seperti kes di Kampung Baru Ampang, polis khasnya diharap sangat tidak memandang remeh. Usaha menghapuskan kumpulan penjenayah/kongsi gelap/gansgter mesti dilakukan berterusan dan menyeluruh.

Kita tidak mahu, sesuatu yang buruk telah berlaku barulah semua pihak kelam kabut. Iktibar sebegitu banyak kes tak terbongkar di Banting, misalnya elok kita jadikan teladan. Ini tidak bermaksud mengatakan polis tidak membuat kerja. Yang kita mahu, semua pihak memandang serius.

Jenayah akan berterusan di negara ini jika manusia tanpa budi, tanpa adab, yang biadap dan kurang ajar dibiarkan seolah-olah menguasai segeap kawasan.

Kalau boleh, penarik kereta/penunda kereta mesti diwajibkan bukan daripada mereka yang ada rekod jenayah! Kenapa tidak kita lakukan?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10