SATU LAGI kontroversi, manifestasi daripada kemarahan pihak tertentu terhadap kebiadapan Namewee menghina orang Melayu dilancarkan menerusi klip video di Youtube yang mengajak seluruh rakyat Malaysia meludah budak itu.
Tidak diketahui penerbit dan mereka di belakang penerbitan video yang berlatarbelakangkan lagu Saya Anak Malaysia ini. Bagaimanapun, luahan yang dicurahkan mengajak seluruh rakyat Malaysia meludah Namewee adalah manifestasi kemarahan, lanjutan daripada klip video lagu yang memaparkan hidung Namewee dengan hidung babi, sebelum ini.
Berjudul NIA MAH WEE BABI, klip video lagu ini dipercayai baru saja diedarkan dan telah mula menarik perhatian pelayar internet. Suara latar belakang yang mendesak Namewee balik ke negeri lain jika tidak suka tinggal di sini juga menjadikan klip video ini lebih panas.
Apa lagi yang mahu dikatakan? Api kelihatan semakin marak. Cuma untuk mengatasi masalah ini, kita mesti kembali ke pangkal masalah. Kembalilah ke asal cerita. Sudahkah kita menyelesaikan cerita di pangkal segala masalah yang bermula?