Oleh kerana indeks pembiakan Aedes di pusat pembuangan sampah di negara ini terlalu tinggi iaitu 8.5 berbanding standard 1.0 yang dibenarkan, maka kementerian kesihatan meminta kesemua pusat berkenaan dipantau dan diberi perhatian.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, membuat saranan ini sebagai langkah memastikan demam denggi dapat dikawal daripada terus merebak.
Cuma satu yang Liow terlupa. Pusat pembuangan sampah juga harus dipantau daripada terus membiak sebagai pusat pembuangan bayi. Buang bayi juga adalah satu gejala atau penyakit dalam masyarakat kita hari ini.