CUT TARI dan suaminya Yusuf Sabrata, kelihatan memasuki pusat tahanan polis di Jakarta kira-kira jam 10.40 pagi semalam.
Ketika ditanya tujuannya ke situ, Cut Tari memaklumkan dia mahu bermaaf-maafan dengan Ariel yang masih ditahan di pusat tahanan itu ekoran kes video lucah membabitkan aksi mereka tersebar meluas tidak lama dulu.
Ariel masih ditahan di situ kerana masih enggan mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan Cut Tari dan kekasihnya Luna Maya dalam dua video berasingan.
Sementara Luna Maya semakin intim dengan Ariel, Cut Tari berharap Ariel dapat mengubah pendirian dengan mengaku di atas perbuatan yang dilakukannya selama ini.