DUA pegawai bomba, masing-masing berpangkat Penguasa dan Penolong Penguasa dari Subang, dikatakan antara yang tercedera dalam nahas helikopter terhempas di Felcra Kampung Kuala Kaung, Lanchang Pahang, pagi tadi.
Kedua-dua mereka telah dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan di tengkuk dan badan.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, mengarahkan DCA melakukan siasatan terperinci bagi memastikan punca nahas helikopter Aqusta milik Jabatan Bomba dan Penyelamat itu.