BERITA baik (sebenarnya tidak berapa baik) bagi pembanci yang belum menerima elaun selepas usai melaksanakan tugas mereka baru-baru ini. Kerajaan akan membayar elaun itu selewat-lewatnya Rabu depan, menurut Nor Mohamed Yakop.
Dia yang menunjukkan muka macam ikan sadin memaklumkan bayaran itu sepatutnya telah lama dijelaskan, tapi sebagai menteri dia kata, dia sendiri tidak tahu. (?????)
Menurutnya, kerajaan telah peruntukkan RM200 juta untuk membayar elaun kesemua pembanci yang terlibat dalam proses pembancian di seluruh negara. Jadi bila timbul cerita ada pembanci yang belum dibayar, dia kena garu-garukan kepala.
Pegawai kerajaan yang terlibat dalam urusan itu pun memang tak patut. Janganlah buat orang tua tu macam itu. Semua beban dia kena pikul. Bukankah pegawai kerajaan telah menerima bonus raya RM500? Kenalah rajin-rajin sikit. Tolonglah saudara kita yang telah berhujan, berpanas menjalankan tugas. Kerja mereka tidak sama. Mereka tidak membanci di bilik berhawa dingin!