nuffnang ads

Tuesday, September 21, 2010

ANTARA SOALAN-SOALAN YANG INGIN DIKETAHUI BERHUBUNG PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI

SIAPAKAH ahli perniagaan di Selangor yang dikatakan berkongsi dengan tiga yang lain termasuk Datuk Sosilawati dan peguam suspek pembunuhannya dalam pembelian tanah di Batu Feringgi Pulau Pinang?

Siapakah juga seorang lagi rakan kongsi berempat itu yang dikatakan telah bersama mengumpul modal RM2.5 juta untuk membeli tanah berkenaan?

Tanah di Batu Feringgi dikatakan dibeli dengan harga RM25 juta, tetapi kemudian dijual pada harga RM29 juta. Bagaimanakah kaedah pembahagian keuntungan RM4 juta hasil daripada penjualan tanah itu? Adakah masing-masing menerima bahagian sama banyak?

Siapakah pemilik asal tanah di Batu Feringgi yang dibeli oleh Sosilawati, suspek, ahli perniagaan dan seorang lagi rakan mereka itu? Adakah dia seorang ahli politik atau ahli perniagaan ?

Difahamkan, ketika bertemu suspek, Sosilawati diberi sekeping cek. Berapakah nilai tertulis pada cek berkenaan dan akaun itu menggunakan bank mana?

Akaun bank manakah digunakan Sosilawati dan suspek dalam urusan pembelian tanah berkenaan? Adakah ia melibatkan akaun persendirian atau akaun syarikat Sosilawati?

Dikatakan akaun Sosilawati dikesan mempunyai transkasi keluar dan masuk ke akaun suspek selepas kematiannya. Berapakah nilai akaun wang yang telah disedut keluar?

Berapa ramai ahli perniagaan dan ahli politik di Selangor yang pernah berurusan dengan suspek selama ini, terutama dalam urusan pembelian dan penjualan hartanah?

Siapakah antara ahli politik paling berpengaruh yang mempunyai hubungan baik dengan suspek sebelum dia ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan Sosilawati?

Kedua-dua suspek adik beradik bergelar peguam itu lulusan universiti mana? Adakah kawan baik mereka ketika di universiti masih berurusan dengan beliau selepas sekian lama menamatkan pengajian?

Apakah latar belakang isteri suspek dan apakah pekerjaannya? Pernahkah isteri suspek dilihat bersama Sosilawati dan jika pernah, apakah hubungan mereka baik sebelum ini?

Adakah keempat-empat mangsa bunuh diugut dengan sembilan anjing milik suspek ketika mereka dibawa ke ladang Gadong.

Kenapa anak Sosilawati dilaporkan berkata ada menerima SMS pelik daripada telefon bimbit ibunya pada hari dia dilaporkan dibunuh? Adakah maksud pelik itu merujuk kepada penggunaan bahasa yang lari daripada kelaziman bahasa yang digunakan Sosilawati ketika menghantar atau membalas SMS? Jika benar, adakah kemungkinan bahasa itu adalah bahasa yang digunakan suspek?

Kenapakah kebanyakan ahli politik membuat keputusan berdiam diri dan menjauhi media ketika isu pembunuhan berprofil tinggi ini mendapat liputan meluas?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10