nuffnang ads

Monday, August 16, 2010

UMNO TERENGGANU BERKOCAK LAGI. SEMUA ADUN YANG BOIKOT SIDANG MUNGKIN TIADA HARAPAN BERTANDING PRU 13

INILAH masanya bagi kerajaan Pakatan Rakyat diterajui PAS memberi tumbukan terakhir untuk menumbangkan UMNO Terengganu dan sekaligus merampas semula negeri itu pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Dengan ribut dalam UMNO dikatakan semakin kuat ekoran rasa tidak puas hati sekumpulan Adun tertentu terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, PAS dijangka akan dipilih oleh rakyat bagi mentadbir negeri yang semakin kelam kabut itu.

Kebosanan rakyat akar umbi bagaikan tidak boleh dipujuk-pujuk kerana rakyat melihat pertelingkahan sesama pemimpin UMNO itu sebagai gambaran bahawa UMNO hanya berjuang untuk kepentingan sendiri dan bukannya untuk menjaga kepentingan bangsa dan agama.

Malah Naib Presiden UMNO, Hishamudin Hussein, amat bersetuju bahawa rakyat semakin bosan dengan pertelingkahan sesama sendiri di kalangan pemimpin UMNO. Hampir segala pekung pemimpin UMNO negeri  pasti terdedah jika tindakan tegas tidak diambil termasuk memberi amaran kepada yang terlibat. Dan inilah masanya bagi PAS segera bertindak memantapkan diri sebagai langkah menyiapkan sebuah kepimpinan bagi mengambilalih pentadbiran negeri sang Penyu.

Difahamkan, Najib turut kecewa dengan pertelingkahan dalaman yang tidak nampak ada surutnya itu dan mengarahkan Hishamudin melakukan sesuatu. Namun segalanya telah terlambat kerana dipercayai Adun yang tidak memihak Menteri Besar dikatakan sanggup tidak terpilih atau dikenakan tindakan demi memuaskan kehendak dan melunaskan kesumat yang sekian lama terpendam. 

Kumpulan Adun yang menentang Menteri Besar dikatakan berpegang kepada pepatah membujur lalu melintang patah. Dan sesungguhnya Allah sedang memberi hukumannya. Pemimpin tertinggi UMNO bersedialah untuk berdepan satu lagi Super Tsunami berskala Richter lebih besar berbanding PRU 12 pada 2008.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10