KUALA LUMPUR: LAPORAN Harian Metro hari ini menyebut, seorang Timbalan Menteri bakal disiasat polis kerana terbabit dalam kes salah laku seksual dan kegiatan membekalkan pelacur kelas atasan dari kalangan pelajar kolej kepada pelanggan kenamaan. Ini memang menggemparkan betul. Betul-betul menggemparkan!
Disebutkan juga, bahawa Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisiner Khairi Ahrasa mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan itu, cuma enggan mengulas lanjut mengenainya.
Laporan polis mengenai tingkah laku Timbalan Menteri @ Bapa Ayam itu dibuat seorang ahli politik dari Ipoh, di Ibu Pejabat daerah Bricksfield jam 11.08 malam tadi, selepas pengadu menerima maklumat dan bukti mengenai kes salah laku seksual dan pembabitan saspek dalam pelacuran gadis bawah umur.
Pembabitan seorang Timbalan Menteri yang didakwa terbabit dalam kes seksual ini tentulah bagai memupuk segenggam garam ke pangkal luka BN yang baru sahaja berusaha untuk menangani kes sosial seperti buang bayi yang dilaporkan semakin meningkat.
Singalautmetro difahamkan, dengan terbongkarnya kes ini, semakin terlerailah juga khabar angin yang bertiup sejak beberapa bulan lalu mengenai adanya orang politik BN terbabit membekalkan pelacur kelas atasan sebagai perniagaan sampingannya sejak dilantik ke jawatan Timbalan Menteri mulai 2008 lalu.
Apakah ini sebahagian daripada yang saya maksudkan dalam catatan semalam, mengenai hukuman Allah ke atas parti tertentu jika ada orang tertentu cuba bersumpah bohong. Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Berdasarkan personalitinya yang menyakinkan, pelbagai pihak dikatakan terkejut apabila Timbalan Menteri yang masih handsome itu boleh terbabit dalam kegiatan sebegitu keji. Bagaimanapun, selagi siasatan polis ke atasnya belum berjalan, orang ramai diharapkan sabar menunggu.
Ini kerana semakin banyak hal-hal luar duga dipercayai akan terbongkar tidak lama lagi membabitkan orang-orang penting yang dipercayai ada kaitan dengan hukuman Allah. Allah itu tetap ada.