DEMI integriti dan menjaga imej ahli parlimen di negara ini, BARISAN NASIONAL tidak mempunyai pilihan kecuali mesti mengambil tindakan segera memecat atau merehatkan seorang timbalan menteri yang didakwa terbabit sebagai bapak ayam, dengan menyediakan pelacur kelas atasan kepada golongan kenamaan.
Walaupun terbaru, Pengarah Jabatan Siasaran Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zini, dilaporkan berkata laporan itu sebagai tohmahan namun polis tetap akan menyiasatnya. Namun timbalan menteri itu katanya belum lagi dipanggil.
Itu di sudut polis. Hak polis untuk mengulas mesti dihormati. Namun hak kerajaan untuk menjaga imej mesti juga dipertahankan. Malah dalam badan beruniform, surat tohmahan juga diambilkira untuk dibawa dalam pemerhatian dan pemantauan jika ia membabitkan salah laku pegawai dan anggota.
Pada saya kerajaan mesti bertindak awal kerana dakwaan yang dilakukan oleh timbalan menteri itu terbabas jauh, apabila dia turut dikatakan terbabit dalam pengedaran dadah. Malah dakwaan beliau terbabit dalam isu pelacuran membabitkan pelajar kolej juga adalah bertentangan dengan aspirasi semua pihak mahu mengurangkan masalah sosial terutama salah laku seks dan pembuangan anak.

Timbalan Menteri bukan daripada UMNO itu, menurut sumber-sumber dikatakan mudah ditemui atau dikatogerikan sebagai orang yang suka turun padang walaupun jam di dinding telah menunjukkan 3 pagi. Sikapnya yang mesra di cafe dan kelab malam di ibu kota, seperti dakwaan sestengah pihak, mesti juga disiasat sepenuhnya.
Difahamkan sebuah rumah di Gombak telah dijadikan oleh ahli parlimen separuh usia dan separuh botak itu dalam kegiatan tidak bermoralnya bersama rangkaian tertentu yang jika tidak dibanteras boleh mengancam keselamatan negara. Namun seperti kata Mohd Bakri ia belum dibuktikan.
Kini, jerung telah ada dijaring. Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan diharap sangat tidak terganggu oleh campur tangan politik mana-mana parti. Demi keadilan, lelaki yang berusia sekitar awal 50-an itu mesti disiasat secara telus kerana dakwaan melibatkan beliau adalah serius.
Pembabitan jual beli dadah dan pelacuran mesti seiring dengan kegiatan gangster. Semua ini menjadi penilaian untuk mengukur seseorang itu layak atau tidak digelar pemimpin. Malah kegiatan seumpama itu pastinya melibatkan kumpulan jenayah dan tidak mustahil juga melibatkan senjata api.
Rakyat menjulang harapan dan percaya polis mempunyai kemampuan yang amat tinggi untuk menangani kes membabitkan timbalan menteri ini. Sekalung tahniah kerana dikatakan polis begitu profesional sebaik sahaja menerima laporan daripada seorang ahli politik berhubung dakwaan pembabitan jenayah lelaki yang namanya mempunyai sepuluh aksara (10).
Maka, tindakan paling tepat bagi Barisan Nasional adalah pecat atau rehatkan dia dari pentadbiran kabinet. Ini soal keselamatan, integriti dan imej walaupun dia belum didapati bersalah oleh mahkamah . Menjadi ahli politik juga bermakna berdepan penyingkiran walaupun hanya baru berdepan tuduhan. Tikus jangan dibenarkan berada di dalam guni beras. Punah jadinya!