Pengguna Blackberry di negara ini dijangka lega kerana kerajaan tidak akan mengambil langkah mengharamkan penggunaan telefon pintar itu, selepas mempertimbangkan pelbagai sudut berdasarkan kajian Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Demikian menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pengumuman mengenai keputusan 'menang-menang' itu dijangka dibuat bila-bila masa menerusi media.