nuffnang ads

Thursday, August 12, 2010

TAK HADIR MAJLIS NIKAH PUN JADI MASALAH. AKHIL DAN MAIZAWATI MASIH SAYANGKAH?

Hal remeh pun boleh jadi berbahas-bahas. Bekas suami dah kahwin lain. Bekas isteri pun dah dapat suami baru. Tapi kecoh masih berdengung-dengung. Kata Maizawati Zainal, dia berani cakap memang ada jemput bekas suaminya datang ke majlis pernikahannya menerusi anak mereka yang berusia 13 tahun.

Tapi tiba-tiba pada hari pernikahan, Akhil Hayy tak datang pula. Di sini mulanya isu. Maizawati bila ditanya media, berkeras mengatakan Akhil telah dijemput untuk menyerikan majlis perkahwinannya dengan suami baru, Mohd Yassin Ben, 23. Akhil pula berkeras mengatakan dia tidak dijemput kecuali mengetahui berita pernikahan itu menerusi orang lain.

Inilah dunia artis Malaysia. Kalau sudah bercerai tu, eloklah buat cara sudah bercerai. Kalau rasa apa-apa hubungan selepas bercerai boleh mencetuskan masalah atau salah faham, eloklah kunci laluan masing-masing. Maizawati pun satu. Dah dapat suami muda 12 tahun dari dia, cukuplah. Tak payahlah nak ulas-ulas kalau ditanya orang kenapa bekas suami tak datang. Akhil pun sama. Waheeda tu ada. Tak payahlah nak gundah gulana rasa terkilan kalau betul tak dijemput. Bekas isteri tu dah milik orang. Biarlah suami barunya dodoikan Maizawati setiap malam. Akhil ada Waheeda. Dodoikan Waheeda sahaja. Lupakan yang dulu-dulu. Bukan apa. Nanti kata orang, masih sayangkah dia? Lebih baik bercerita hal masing-masing kalau tak mahu timbul masalah.

Selamat pengantin baru Maizawati. Kata orang, wanita kalau usia 30-an jadi pengantin, hidupnya baru sahaja bermula. Maka mulakan kehidupan itu dengan berbaloi-baloi,,..

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10