nuffnang ads

Tuesday, August 17, 2010

ROSLIN HASHIM DIJANGKA MOHON PERCERAIAN KALI KEDUA ESOK

MENGGEMPARKAN! Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim dikatakan akan memfailkan permohonan cerainya dengan isterinya  di  Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur esok, selepas hanya sebulan bernikah dengan Norhayati Othman, 38.

MStar dalam laporan portal terkininya melaporkan berita menggemparkan itu. Jika benar, bermakna itu adalah perceraian kedua bagi Roslin yang sebelum ini mengejutkan ramai peminat sukan apabila bertindak menceraikan isteri pertamanya selepas mereka bernikah selama 12 hari.

Roslin bernikah dengan Norhayati, Pengarah Pemasaran Finas pada 9 Julai lalu, selepas berkenalan lebih kurang lima bulan. Ini adalah perkahwinan keduanya selepas perceraiannya dengan isteri pertama, Faizah Mohamad, 32, yang dinikahinya pada 20 Januari 2009.

Perceraian Roslin dan Faizah sebelum ini mendapat liputan meluas media berikutan kes mereka berpanjangan di mahkamah dan mengundang pelbagai kontroversi.

Setakat ini tidak diketahui punca kenapa Roslin yang juga abang kepada bekas juara badminton All England, Mohd Hafiz Hashim, mengambil tindakan untuk memohon perceraian perkahwinan keduanya itu ketika banyak pihak menjangkakan jodohnya dengan Norhayati akan berkekalan.

 Beberapa wartawan hiburan yang ditanyakan mengenai desas-desus permohonan perceraian Roslin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur esok juga memaklumkan tidak tahu menahu dengan berita itu. Malah sebahagian mereka yang mengenali Norhayati menyifatkannya sebagai satu berita yang mengejutkan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10