nuffnang ads

Tuesday, August 24, 2010

POHONLAH KEAMPUNAN DARI ALLAH. MOGA KITA DAN NEGARA KITA TIDAK DITIMPA BALA

SALAH satu cara untuk memastikan negara ini aman dan perjalanan sehariannya berjalan lancar adalah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah jika ada di antara kita banyak melakukan penipuan, pembohongan mahupun apa sahaja kesalahan seperti melakukan sumpah bohong.

Kepada sang isteri pula, mohonlah keampunan daripada suami dan Allah semoga semua peri laku yang tidak elok dan bertentangan dengan undang-undang atau syariat Islam dihentikan serta-merta. Saling nasihat menasihati ini amat penting kerana manusia itu bukankah terdiri daripada golongan yang mudah lupa.

Kepada anak-anak pula, hentikan segala kejahatan. Pohon keampunan daripada ibu bapa atau saudara terdekat atau jiran terdekat supaya perilaku kita tidak mendapat sumpahan daripada orang lain.

Kepada pemimpin, termasuklah pemimpin kecil atau besar, sekiranya terbuka hati menyedari anda telah melakukan pembohongan selama ini, buatlah satu keputusan yang bijak. Sama ada anda berundur secara diam, atau berundur sambil memohon maaf kepada orang yang anda pimpin.

Pembohongan dan penipuan, apatah lagi kalau menggunakan apa sahaja mekanisme agama termasuk bersumpah bohong untuk mengelirukan orang lain adalah perbuatan yang amat keji. Marilah kita menasihati sesama sendiri agar sesiapa yang melakukannya, segeralah bertaubat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10