nuffnang ads

Tuesday, August 17, 2010

NAMA UMI HAFILDA DISEBUT LAGI DI MAHKAMAH

SELEPAS SEKIAN LAMA tidak mendengar cerita mengenainya, nama Umi Hafilda semalam disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes melibatkan dua bekas pengurusan kanan Pempena Sdn Bhd,, anak syarikat Kementerian Pelancongan.

Bekas Ketua Pegawai Operasi, Mohamad Rosly Md Selamat, 56, dituduh bersama bekas Pengawal Kewangan, Lim Khing Tai, 38, dalam kes pecah amanah melibatkan pembayaran sebanyak RM169,770 kepada Umi Hafilda sebagai yuran penajaan untuk menganjurkan konsert penyanyi Mesir, Amr Diab.

Untuk rekod, Umi Hafilda adalah saksi utama pendakwaan kes liwat dan salah guna kuasa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10