nuffnang ads

Thursday, August 5, 2010

MENTERI BESAR YANG SEMAKIN PAROKIAL. SEMAKIN PARANOID!

KALAU BETULla cerita PA kepada YB Adun Ampangan, Rashid Latif, dipancing oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Mat Hassan untuk memasuki UMNO, ini bukan lagi berita gempar tetapi berita paling malang dalam sejarah UMNO NEGERI SEMBILAN.

Malang bukan kerana lelaki itu, Ahmad Puad hanyalah seorang PA, tetapi kerana menteri besar Negeri Sembilan telah tidak menemui seseorang yang mempunyai pengaruh atau kedudukan yang setara dengan nilai tawarannya untuk memasuki UMNO yang semakin hilang taringnya.


Hari ini saya akan balik juga nak bertanyakan TokTepok di laut Tanjung Selamat di Pasir Panjang, kalau-kalau 'penunggu' yang sering menitis air matanya ketika malam mengambang itu tahu apa dah jadi pada saudara menteri besar Negeri Sembilan itu. Apakah kerana teruk digasak dan diasak oleh libasan buaya air masin yang masih menunggunya untuk menunjukkan kelibat, anak Rantau itu semakin parokial jadinya. Semakin paranoid dia terhadap serangan demi serangan terhadap kelemahan dia sebagai orang yang ada kuasa di negeri adat perpatih itu.

Buaya dan pasir seakan menjadikan Mat Hassan kereta tolak yang bocor tayarnya. Ditolak ke depan berat, ditarik ke belakang pun berat. Atau apakah Mat Hassan mulai tersampuk sindrom Khir Toyo yang didiagnosis sah terkena sawan pasir yang terbukti tidak mempunyai terapi. Kalau di Selangor, Khir Toyo mulai berkawan dengan pemandu lori pasir, di Negeri Sembilan Mat Hassan pula terpaksa memilih seorang PA untuk memberikannya kekuatan untuk bertahan dalam keadaan masih bernyawa ikan.

Nah...sekaranglah masanya kita menilai di mana letaknya kekuatan seorang pemimpin UMNO, sanggup bersandar di tiang rapuh tatkala lelah diburu buaya! Orang Melayu jangan terpedaya dengan sikap hanya percaya kepada yang lama, walaupun hakikatnya yang lama semakin uzur, dimakan anai-anai dan menunggu masa ditiup angin sebelum rebah. Berpolitiklah secara cerdik wahai waghih-waghihku. Tolak parti yang tidak mendatangkan manfaat demi maruah bangsa dan agama kita.

Imej dan maruah Mat Hassan hanya akan sedikit pulih kalau berita ini tidak benar. Tapi kerosakan telah pun berlaku. Mat Hassan yang tidak diingini oleh sebahagian besar anak Negeri Sembilan harus belajar untuk menoleh-noleh mencari jalan pulang. Dia harus belajar mengintai mengecamkan semula di mana arah datang.


Sebelum itu bolehkah dia terkejut-kejut mengucapkan perkataan: OOMAAKKK OOOIII!!!!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10