MENTERI BESAR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap mahukan tindakan tegas diambil ke atas Spy Leman yang cuba merakamkan pergerakannya di dalam pejabat dengan memasang perakam video secara haram, seperti terbongkar baru-baru ini.
Khalid juga akan mendapatkan pandangan Ketua Polis Selangor berhubung penemuan perakam video yang ditemui di belakang langsir di dalam biliknya itu.
Pada masa yang sama pemeriksaan juga akan dibuat membabitkan beberapa premis penting di bangunan SUK bagi memastikan tidak ada perbuatan buruk laku cuba dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.