nuffnang ads

Sunday, August 15, 2010

AHLI MAJLIS DITAHAN KES CEDERAKAN LELAKI

SEORANG AHLI MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ) adalah di antara tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian menetak dan mencederakan seorang lelaki lain ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran, di Ampang, awal pagi tadi.

 Dalam kejadian itu, mangsa yang cedera berjaya melarikan diri ke balai polis dan memaklumkan kejadian itu. Sepasukan polis yang dikejarkan ke tempat kejadian menahan tiga lelaki, termasuk seorang yang masih bertugas sebagai ahli majlis MPAJ. Polis turut merampas sebilah parang.

Sebagai mengulas kes ini, seseorang yang diberi kepercayaan menjadi ahli majlis atau apa sahaja tugas berkaitan kerajaan mestilah memelihara dirinya sebaik mungkin kerana sebarang tingkah yang buruk hanya mencetuskan persepsi negatif pada pandangan khalayak.

Dalam hal ini, polis mesti bertindak dan menyiasat secara terperinci termasuk menyelidik latar belakang mereka yang terbabit termasuk kemungkinan pernah terlibat dalam kejadian jenayah atau kumpulan jenayah sebelum ini.



MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10