nuffnang ads

Tuesday, August 10, 2010

MENTERI BESAR BUAT APA? TAMAN SRI GELUGOR PILAH TAK ADA AIR!!!!!!!

BUKAN SEHARI, bukan sebulan. Telah lama sebenarnya penduduk Kampung Taman Sri Gelugor di Kuala Pilah terseksa kerana SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan) tidak ambil peduli masalah yang membelenggu penduduk terbabit.

Kini puasa menjelang, masalah bekalan air yang sering terganggu boleh membuatkan penduduk kampung menjadi berang. Bukan sekali dua aduan. Beribu kali aduan dibuat supaya SAINS faham dan cepat-cepat menyelesaikan masalah air yang sering terganggu ini. Tapi semuanya hampa.

Mahu dikatakan badak yang pekak, semua pengurusan SAINS terdiri daripada manusia yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu sebagai manusia, pengurusan SAINS ada hati dan perasaan. Sudah tentulah juga satu penyelesaian dibuat bagi memastikan masalah ini tidak lagi membebankan penduduk.

Cubalah pengurusan SAINS faham bahawa hampir kesemuanya penduduk di situ adalah mereka yang beragama Islam yang memerlukan air untuk bersolat. Hampir kesemua penduduk mempunyai anak kecil yang masih bersekolah dan memerlukan air untuk membersihkan diri setiap pagi. Bayangkanlah kesusahan ini.

Saudara menteri besar juga haruslah membuka mata melihat masalah mereka dengan hati lapang dan fikiran yang jauh. Tergamakkah pengundi yang mengundi saudara dan puak-puak saudara untuk terus berkuasa dibiarkan mencari telaga dan menunggu lori bekalan air seperti rakyat di negara Afrika?
 
Bukankah selalu saudara katakan Negeri Sembilan telah berjaya mengatasi masalah air di negeri itu. Saudara juga pernah katakan, selagi BN berkuasa, masalah rakyat akan menjadi perkara paling utama.

Sekarang ini bagaimana pula? Kekerapan berlakunya gangguan air telah membuat penduduk semakin hilang hormat pada janji-janji BN. Saudara bayangkan, ada di antara penduduk di taman itu pulang dari Kuala Lumpur dengan membawa air mineral penuh di bonet kereta. Kerana apa? Kerana terlalu letih berdepan masalah air yang sering terganggu di negeri saudara.

 Saya rasa telah tiba masanya saudara menteri besar turun sendiri melihat masalah itu kerana ia tidak hanya melibatkan Taman Sri Gelugor tetapi turut melibatkan penduduk kampung berdekatan. Dan kalau saudara berhasrat untuk melawat eloklah bawakan timba yang banyak supaya mudah penduduk mengisi air dari telaga yang semakin kering!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10