nuffnang ads

Saturday, August 28, 2010

KES BUNUH/SAMUN GURU TADIKA: LELAKI KURUS, KULIT GELAP DIPERCAYAI SUSPEK UTAMA

SHAH ALAM: Petanda semakin jelas. Lelaki berbadan kurus dan berkulit gelap dipercayai penjenayah yang terbabit menikam dan membunuh seorang guru tadika dalam satu kejadian cubaan samun, di jejambat Sungai Way, Petaling Jaya pagi Khamis lalu.

Polis mendapat maklumat itu daripada dua lelaki yang berada tidak jauh dari tempat kejadian tetapi kurang mengecam wajahnya kerana lelaki itu melarikan diri ke arah sebuah stesyen minyak sejurus dia menikam rusuk mangsa.
  
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Lee Lai Yeong, 57, guru tadika yang tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam berjalan di jejambat itu sebelum diekori dan disamun oleh seorang lelaki. Bagaimanapun, dipercayai berlaku sedikit pergelutan menyebabkan lelaki itu gagal, lalu menikam mangsa.

Bagi memastikan penjenayah dibawa ke muka pengadilan, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau boleh membantu menahan lelaki disyaki, diminta menghubungi balai polis terdekat. Bersama mencegah jenayah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10