nuffnang ads

Monday, August 9, 2010

KERAJAAN PAKATAN DAN MASJID AN-NAIM HIJAUKAN SEMULA PADANG DI JALAN KEBUN


Keprihatinan kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan kerjasama pengurusan Masjid An-Naim Jalan Kebun, Klang mengindahkan semula padang bagi kegunaan pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun wajar dicontohi semua pihak.

Padang berkenaan kini diubahsuai dan diperindahkan dengan tanaman rumput 'baldu' selepas berpuluh tahun berada dalam keadaan kurang selesa. Kerja-kerja pengindahan ini sedang berjalan dan dijangka memberi manfaat kepada semua pihak terutama kepada pelajar sekolah yang menggunakannya untuk melakukan pelbagai aktiviti. Untuk rekod, padang berkenaan adalah milik masjid An-Naim dan pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun dibenarkan menggunakannya berikutan sekolah itu belum memiliki padang sendiri.

Sifat berlapang hati pelbagai pihak terutama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat untuk membaikpulih padang berkenaan dipuji penduduk dan pada masa yang sama ia langkah bertepatan menghijau dan menceriakan masjid serta sekolah berdekatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10