nuffnang ads

Monday, August 9, 2010

CATATAN CERAMAH LAWAK KHIR TOYO DI JALAN KEBUN MALAM TADI

KHIR TOYO nyata takut dan bimbang kepada lima Adun PR Selangor. Setiap kali berceramah dia mesti menyebut semua nama itu. Mereka ialah YB Shuhaimi Shafie, YB Yaakop Safari, YB Elizabeth Wong, YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Ronnie Liu. Dalam banyak-banyak nama itu, Khalid Ibrahim sentiasa jadi sasarannya. Ada sahaja yang tak betul tentang tokoh korporat itu pada pandangan Khir Toyo. Dalam bahasa lain, macamlah dia betul sangat!

Yaakop Safari digelarnya tauke pasir dan Shuhaimi Safie bendahari pasir. Elizabeth Wong yang trang tang tang itu pun mahu diumpatnya. Memang pelik cara Khir Toyo sejak kebelakangan ini. Dia bukan bermaksud mahu menarik orang sukakan dia, tetapi sebaliknya semacam mahu orang menolaknya jauh-jauh. Mungkin jauh-jauh ke dalam hutan.

 Dia banyak kali cakap ulang-ulang fasal Khalid Ibrahim siap dengan  gelaran sekali tapi dia tak dengar atau tak bacakah gelar orang kepada dia? Tentang Eli pula dia bangkang sangat-sangat kenapa Menteri Besar boleh suruh Eli menjaga hal ehwal alam sekitar. Alasan Khir, Eli bukan sahaja tak tahu nak urus alam sekitar Selangor, alam sekitar dia pun tak terjaga. Maka diungkitnya cerita ungu-ungu Eli dalam internet dan cerita bekas teman lelakinya. Tak sudah-sudah Khir bertanya kenapa Khalid tak ambil tindakan ke atas Eli. Orang tua Jawa sebelah saya menggelengkan kepalanya. Ngomel orang tua tu, mudah saya faham. Katanya, semua yang berlaku sehingga aksi uhuuum Eli disendatkan ke dalam internet bukan mahu amoi tu. Bukan kehendak dia pun. Hal-hal salah laku peribadi, Eli tak tunjukkan pada sesiapa. Dia mangsa. Tapi Khir Toyo tak faham-faham. Sama macam kalau kesan gigitan pada leher kita, kalau gambarnya disebarkan dalam internet kitalah yang jadi mangsa. Bukan kita yang suruh walaupun kita tahu yang gigit kita tu bukan bini kita yang sah!!!

Setiap ceramahnya juga mesti cerita fasal duit. Cerita fasal peruntukan. Cerita fasal tender itu tender ini yang dibuat oleh kerajaan Pakatan. Nampak pula Khir memang mata duitan. Dia persoalkan macam mana Azmin dan Khalid boleh banyak duit beli rumah. Dia tak cermin diri sendiri ke, macam mana boleh buat rumah sebegitu besar. Besar sangatkah gaji menteri besar atau gaji doktor cabut gigi sebelum itu. Itu belum lagi peruntukan untuk tampung dia, isteri dan anak ke luar negara. Tak mahu pula dia bercerita hal itu dalam ceramahnya. Ingat dia semua yang datang dengar jenis manusia enggeh enggeh.

 Konon kata masa dia tadbir Selangor, dapat kutip hasil pasir RM22 juta, tapi semak dalam audit sekarang, hanya RM3 juta hingga RM4 juta aje. Kata, Pakatan hanya kutip RM8 juta. Tapi dia tak sebut pun itu bagi kutipan setengah tahun atau sehingga bulan Jun sahaja pada tahun ini. Orang bila dah kalah macam-macam.

Siap dalam ceramahnya pesan sungguh-sungguh atau dalam perkataan lain merayu orang Jalan Kebun sampai-sampaikan apa yang dia cakap kepada orang lain. Konon biarlah semakin ramai orang sokong dia. Dulu selama menteri besar adakah dia selalu turun ke kampung itu. Bila dah tak ada jawatan barulah nampak muka. Kepada penyokong PR DUN Sri Muda, dia macam angin satu badan sampai tercakap, nanti kalau Shuhaimi kalah penyokong itu nak lari mana? Siap juga cakap berapa ringgit sangat pecacai Shuhaimi dapat. Aduh mak! Dah macam budak kecil merajuk tak dibelikan ais krim, Macam-macam keluar dari mulut dia. Sampai satu tahap depan mak cik-mak cik, dia pun boleh cakap perkataan "kecut telur" yang merujuk kepada seorang pegawai tinggi KSSB yang mengendalikan urusan pasir. 

 Dia juga kata, ceramah Shuhaimi hanya dihadiri 200 orang. Macamlah ceramah yang dia buat datang beribu orang. Yang ramainya malam tadi orang luar dan juak-juak dia. Lebih ramai pecacai dia daripada orang kampung. Sesekali dengar juga dia mendengus apabila ada beberapa orang kampung yang nakal menyorok belakang pokok dalam gelap dekat tempat dia berceramah. Diusik-usik, dicelah-celah dengan sedikit kata-kata, Khir Toyo terus terasa. Siap cabar, kalau pecacai DUN Sri Muda berani, datanglah ke tempat terang. Kenapa mesti main sorok-sorok.

Memang seronok ceramah Khir Toyo. Siap cakap ulang-ulang yang dia dan Noh Omar tak ada masalah. Siap cakap lagi yang mereka berasal dan lahir dari kampung yang sama. Seronok dengar cerita Khir Toyo. Seronok betul. Betul-betul seronok. Macam program Raja Lawak. haa..haaa..haaa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10