GAMBAR ATAS adalah gambar yang dirakamkan ketika kerja pengambilan pasir yang dijalankan ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah. Lokasinya di Bestari Jaya, Kuala Langat. Lihatlah betapa rakusnya kaedah dilakukan oleh BN untuk mengorek pasir demi memenuhi kantung mereka.
GAMBAR BAWAH pula adalah kain rentang yang dipasang oleh BN pada minggu ini untuk mengajak rakyat menyelamatkan pasir di Selangor. Cuba kita fikir dan renung-renungkan, apakah selepas sekian lama BN mengorek dan mengaut pasir dengan rakus, baru disedari bahawa pasir itu mesti diselamatkan. Ternyata BN tersilap percaturan dalam kempen mereka kerana rakyat tahu, komoditi itu sebenarnya telah 'disamun' dengan cara yang amat rakus pada zaman mereka. BN yang memulakan semua kerja-kerja merosakkan alam sekitar ini.
............. ............
SEPERTI DIMAKLUMKAN oleh Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, YB Dr haji Yaakob Sapari, kerajaan Selangor pimpinan PR hari ini sentiasa bertekad menghapuskan aktiviti curi pasir.
Katanya, pencurian pasir atau perompakan hasil galian itu boleh diumpamakan mencuri harta rakyat. Ia sepatutnya merupakan hasil negeri yang sewajarnya dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.
Yaakop juga memberitahu, sepanjang tempoh 2009 sehingga 2010, kerajaan negeri telah merampas sebanyak 27 excavator, lori (33) dan lain-lain peralatan (13). Pada masa yang sama kerajaan negeri turut menawarkan ganjaran kepada mereka yang berjaya menahan peralatan yang terbabit dalam pengeluaran pasir secara haram di negeri itu.
Kesungguhan kerajaan PR terbukti apabila mengumumkan jumlah ganjaran yang ditawarkan iaitu RM10,000 bagi peralatan jenis Ruston Bugyrus Crane, RM5,000 bagi setiap ponton, RM5,000 bagi excavator dan RM2,500 bagi setiap lori pasir atau lori hantu. Jumlah yang sama turut ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menahan traktor yang terbabit dalam kerja mencuri pasir di Selangor.
Sehubungan itu, adalah dicadangkan supaya ahli UMNO mengambil kesempatan daripada ganjaran yang ditawarkan ini bagi membantu kerajaan PR membanteras kegiatan curi pasir yang telah berleluasa sejak zaman pemerintahan BN lagi.