KETIKA kempen anti-Malaysia masih panas berlangsung di Jakarta, Indonesia diistyiharkan menang. Malaysia kalah!
Baru tadi, kekalahan Malaysia menerusi pemain utamanya, Lee Chong Wei menyaksikan imej Malaysia semakin tercalar. Taufik Hidayat menjadi panglima perang Indonesia menundukkan Chong Wei dalam tiga set permainan.
Berakhirlah impian untuk Chong Wei mendapatkan setem cop duti sebagai pengesahan untuk memateri ranking pertama dunia yang dimilikinya. Hilanglah juga peluang Chong Wei untuk menghadiahkan gam gajah untuk menutup mulut Lin Dan.
Kini harapan Malaysia hanya disandarkan kepada bergu Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong selepas mereka menumpaskan beregu Korea untuk mara ke peringkat separuh akhir pertandingan Badminton Dunia Yonex-BWX,