nuffnang ads

Friday, August 27, 2010

GURINDAM ORANG GILA

Tun Mahathir kata Melayu dan Islam mesti dapat penghormatan
tapi dia lupa Melayu mati Cina jual kain kapan
atas kubur tempah Cina buatkan batu nisan
kalau lupa saya ingatkan
Umno dah perintah 53 tahun kemerdekaan
tapi adakah Melayu dan Islam ada penghormatan
nak buat batu nisan dan kain kapan
pun tak pernah kerajaan fikirkan

Najib kata kita ikut 1Malaysia 
ini negara semua punya
jaga cakap, jangan rasis jangan lucah
sebab itu pengetua cakap Balik Cina kena pindah
1Malaysia catat sejarah
Melayu terkasar kena sergah
Namewee tunjuk jari lucah
tak apa jangan kisah
kalau betul 1Malaysia tunjuk berani jangan lemah
tangkap Namewee cepat-cepatlah

Demikian kisah negara Malaysia
bila Umno perintah sejak merdeka
tanah subur pemberian Allah
tapi 1 peratus sahaja hasilkan gula
kita macamlah orang kaya
kalau tak cukup import sajalah
bila gula pun naik harga
rakyat jelata juga yang salah
sana sini nyamuk dan pepijat meratah
tebuk kulit hisap darah
Wahai pemimpin yang bijaksana
sudah-sudahlah
semua semakin cacamarba
Melayu terhina makin merana

Hari ini masih berbalah
apa sahaja gunakan cara mencari salah
orang berucap pun dikatakan tazkirah
janji muka depan dapat belasah
buang segala buang dosa dan juga pahala
yang tak kita sokong kita bantailah

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10