nuffnang ads

Thursday, August 26, 2010

DIA OLANG INGAT DIA PUNYA ANAK MANYAK BAIK

KAWAN saya Lee, bercakap macam tak putus nafas bila terdengar berita empat keluarga remaja yang terlibat membaling cat dan botol arak ke sebuah surau di Seremban, beberapa hari lalu datang meminta maaf kepada jawatankuasa surau berkenaan.

"Itu mak bapak itu budak haa...wa cakap lu...tak de ingat dia olang punya anak banyak jahat. Dia olang ingat dia punya anak luar main itu mercun tak de kacau sama olang lain. Sikalang lu tengok haa hamid..apa sulah jadi woo. Dia olang punya anak manyak jahat..hantam itu cat kasi sama itu simbahyang punya timpat woo! Manyak jahat.

"Tapi haa. itu dia olang punya mak bapak haa kita kena respect..ada bagus jugak maa..ada ingat mau minta maap sama itu simbayang punya timpat punya olang jaga. Ini ala baguslah..Butulka hamid haa." muka Lee merah ceria bila dapat tahu kes itu dapat diselesaikan.

"Saya itu jam tv ada belita punya time haa..saya hati sudah ingat...ini misti budak budak punya keleja. Manyak celaka. Saya memang ingat itu macam..olang selupa kita punya umur haa hamid haa...tak ada ingat mahu bikin itu macam haa.." Lee menyambung berbual. Sebenarnya bukan berbual, tapi dia bercakap sendiri. saya hanya mendengar.

"Lu ingat hamid haa...itu budak punya times belapa tahun ada kena haa?' saya hanya angkat bahu tanda kurang pasti tapi Lee terus juga bertanya. "Lu ingat-ingat haa, ada dua tiga tahun ka?" penat takut didesaknya lagi, saya anggukkan kepala.

"Saya hamid haa...selalu cakap saya punya anak time makan dinner haa...saya cakap betul-betul saya saya punya anak...olang punya simbahyang punya timpat jangan kasi kaco..saya selalu kasi ingat saya punnya anak. Lagi ha..saya punya anak pun laki-laki, saya manyak takut wooo...itu pasal saya selalu kasi ingat!!"

Memang meletihkan, tapi dek kerana kawan. Kebetulan berhenti sebuah teksi. Turun seorang remaja. Saya tanya Lee. "Siapa tu?"

"Saya punya anaklah. tadi ada cerita punya fasal cakap jangan bikin jahat sama simbahyang punya timpat!" saya mengangguk. Dalam teksi yang baru sahaja pergi, ada seorang anak dara comel duduk bersandfar di belakang. Rambut blonde dan berbaju seksi.

"Itu dalam teksi siapa pulak?" saya ringankan mulut bertanya lagi.

Lee tersenyum kambing. "Lhoo..itu dalam teksi ka...oo itu saya punya abang punya anak pelempuan...kila anak saya punya cousin looo...dia sama-sama balik tuition maa," jawab Lee dan baru saya faham.

Cuma satu saja yang belum saya faham betul. Yang belum betul-betul saya faham. Kenapalah kawan saya si Lee yang dah dekat 50 tahun duduk Malaysia ni masih tak boleh cakap bahasa Malaysia dengan fasih! Entahlah. Bukan dia seorang. Banyak lagi orang yang seragam dengan kawan lama saya itu yang berbangsa Cina masih tergagap-gagap bertutur bahasa Malaysia. Come on Lee. 1Malaysia maaa...

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10