HAJI Tajudin Saman, bekas wartawan Berita Harian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas diserang angin ahmar lewat malam tadi.
Beliau yang pernah menjadi setiausaha akhbar kepada menteri kini dirawat di wad 27, tingkat 5, HKL. Keadaannya dilaporkan stabil tetapi pegawai perubatan sedang sedaya upaya melakukan pemeriksaan dan rawatan rapi bagi membantu penerima Hadiah Kewartawanan Kajai itu kembali normal.